AkU ~ SeNi CoRetAn hAti & jiWa~ ….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih"Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan anugerah Allah yang terindah dan sangat bernilai …"
Hari demi hari, detik demi detik, bulan demi bulan..masa berganti masa…aku kini masih lagi berjauhan denganmu suami tersayang..Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku dalam menghitung hari…Ya Allah, jika benar ini dugaanmu..kau kuatkanlah semangatku untuk terus tabah menghadapi semua ujian,,, suara2 itu makin menambahkan lagi kesayuan hati... ungkapan berbisa hanya biasa bgi mereka....bila..bila..bila...,& bagaimana?, haruskah aku sendiri yang menentukan hal itu ..menentukan perjalanan yang telah diaturkan oleh mu Ya ALLAH...sesungguhnya itu Urusanmu Ya ALLAH,YA RAHMAN..YA RAHIM... ku cekalkan diri untuk bertahan, ,bertawakkal dan berusaha .. tiada yang terindah selain darimu Ya ALLAH..kekuasaanmu...walaupun kadangkala x daya bagiku melawan perasaan
yang terguris & pedih .....
Benarkah aku tewas?..tidak sama sekali kerana bagiku masih lagi dalam permulaan kehidupan…mungkin ada hikmah disebaliknya,..sesungguhnya aku redha atas ketentuanmu…
YA ALLAH
tabahkan lah hati hambaMU ini
tika ini..aku sudah berhenti menghitung hari
mungkin aku begitu mendambakan hari tu
tetapi ALLAH swt maha mengetahui
apa yang terbaik buat kita…
Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap…
ALLAH SWT telah mengaturkan terbaik buat kita..
ALLAH SWT lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui…
maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku..aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan ttpi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..
mungkin Engkau mendugaku…ku tau itu adalah ujian drMu.. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..
aku tak terdaya.. Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..mungkin juga ujian utk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..
Ampuni hambaMu yang dhaif ini….
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..
mungkin juga utk menguji tahap keimanan..mungkin juga balasan dariNya utk perbaiki diri...
aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMU..
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..
Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
JiWa YaNg bErseNi.....
JANGAN MENGELUH ........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12