BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 6, 2011

sEnI , CoRetAn, hAti & jiWa ….

AkU ~ SeNi  CoRetAn hAti & jiWa~ ….
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
"Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan anugerah Allah yang terindah dan sangat bernilai …"


Hari demi hari, detik demi detik, bulan demi bulan..masa berganti masa…aku kini masih lagi berjauhan denganmu suami tersayang..Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku dalam menghitung hari…Ya Allah, jika benar ini dugaanmu..kau kuatkanlah semangatku untuk terus tabah menghadapi semua ujian,,, suara2 itu makin menambahkan lagi kesayuan hati...  ungkapan berbisa hanya biasa bgi mereka....bila..bila..bila...,& bagaimana?, haruskah aku sendiri yang menentukan hal itu ..menentukan perjalanan yang telah diaturkan oleh mu Ya ALLAH...sesungguhnya itu Urusanmu Ya ALLAH,YA RAHMAN..YA RAHIM... ku cekalkan diri untuk bertahan, ,bertawakkal dan berusaha .. tiada yang terindah selain darimu Ya ALLAH..kekuasaanmu...walaupun kadangkala x daya bagiku melawan perasaan
yang terguris & pedih .....



Benarkah aku tewas?..tidak sama sekali kerana bagiku masih lagi dalam permulaan kehidupan…mungkin ada hikmah disebaliknya,..sesungguhnya aku redha atas ketentuanmu…

 
YA ALLAH
tabahkan lah hati hambaMU ini
tika ini..aku sudah berhenti menghitung hari
mungkin aku begitu mendambakan hari tu
tetapi ALLAH swt maha mengetahui
apa yang terbaik buat kita…


Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap…


ALLAH SWT telah mengaturkan terbaik buat kita..
ALLAH SWT lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui…


maafkanlah aku Ya Allah....


aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku..aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan ttpi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..


mungkin Engkau mendugaku…ku tau itu adalah ujian drMu.. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..
aku tak terdaya.. Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..mungkin juga ujian utk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..


Ampuni hambaMu yang dhaif ini….
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..
mungkin juga utk menguji tahap keimanan..mungkin juga balasan dariNya utk perbaiki diri...


aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMU..
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..
Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati


Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


JiWa YaNg bErseNi.....


JANGAN MENGELUH ........
Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA :
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
SUDAH TERTULIS DIDALAM AL QURAN DAN JAWAPANNYA:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Wednesday, November 24, 2010

Keindahan...

Nak tau tak?..Kalau kiter sukekan sesuatu keindahan itu, maka itulah jua tanda kesyukuran kite Kepada Allah S.WT...Sesungguhnya Allah Cintakan Keindahan..Lihat sekitar alam sekeliling kite pon dah tau.. Hanya yang berjiwa seni dapat meratapi dan menghayati lebih dalam lagi keindahan itu...Jom Kita hayati apa itu Keindahan,,,,zzzzassss....

Setiap orang mempunyai persepsi terhadap keindahan yang lain...Sesuatu objek yang kita rasa kelihatan indah mungkin tidaklah 'cantik' kepada orang lain,..jd mesej yang disampaikan serta maksud yang diterjemahkan kedalam bentuk karya @ hasil seni adalah amat penting...Contohnyerr..seseorang anggap poster yang mempunyai sebaris perkataan "A star is Born" dan illustrasi seperti satu bintang dilatar belakang yang gelap tidaklah begitu cantik dan indah, tp bile dilihat betul2..100% indah jika ia dapat memenuhi kehendak poster itu serta mesej yang disampaikan juga adalah ringkas dan jelas..bak kata org" kosong tp padat..heheheh

Keindahan ni x lengkap kalu xde ciri-cirinya ..jom kite layanzss plak ciri-ciri keindahan dalam sesuatu hasil seni & karya...

+ 1..kene ade objek
Sbbnyer subjek akan menjadi fokus utama dalam penghasilan sesuatu karya ..contohnya: figura manusia dalam poster konsert)

+ 2 komposisi
Unsur seni dan prinsip seni yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu karya ,contohnya garisan pada suatu lukisan dengan warna harmoni yang digunakan.

+ 3 Tema
Tema ni sama jugak macam tajuk dan fokus yang penting untuk sesuatu karya..kalau takde tema,ibarat tak lengkaplah hasil karya sesorang walau dr cetusan idea 'on the spot' la kirenyer.Contohnya, Dalam membina poster,hindari dadah adalah sasaran penting dalam suatu poster antidadah

+ 4 Makna
Makna ni maksudnya mesej disebalik sesuatu karya adalah jelas..contoh nyer lukisan panorama waktu senja tp bg org yang mencintai dan pandai menilai hasil karya seni ni biasanya dari lukisan abstrak tanpa tajuk pun die da bole bg meaning tersendiri...

+ 5 Fungsi
last skali adalah fungsi..iaitu fungsi estetik @ fungsi penggunaannya atau kedua-dua sekali.

Apepun ciri keindahan, akan indah lagi sekiranya kita dapat menghargai keindahan itu..renung2kn...

Tuesday, November 23, 2010

holiday school n luveta comeback..yeayy!!

      Setelah sekian lama menyepi..aku hasilkan jugakla blog baru nihh .yang dinamakan "Anugerah Terindah" sbb aper? sbbnyer aku suke ngn nama tuh setelah betaun lamanyer mengekalkan nama 'luveta'..nama yg byk tersimpan memori dan kenangan...akhirnyerr...berkat kesabaranku..dan kerajinanku..heheheh..aku hasilkan sebuah blog yang macam2 ader...semernyer tentang seni..seni  dalam diri kita mengharungi kehidupan, seni tutur kata..seni tulisan ..n macam2 lagik arrr,...sbb tu la..namenyer seni anugerah terindah,,..huhuu..i like..bile da free n ade ms terluang ni..sifat seni  ingin melayangkan jari jemariku pun mulalah wujud..heheheh...maklum le..xde masa sepanjang penglibatan di skul..byk keje2 yg kene buat..kene settlekan..lebih2 lagik da ujung tahun nii..heheheh...time cuti skolaa nih, dr takder wat ape..aku nakle jugak b' blog..boringgg...
     My wedding on 9.10.10...my big day ...masih lagi segar dlm ingatan..waktu tu.. betul2 kelam kabut..manetaknyer..dahla amek cuti seari jer sblum majlis...hhehehe..kengkonon dah ok laa semer..tp time pagi jumaat tu jugaklaa aku leh kuar umah lagik,...mule singgah kubur arwah abah..minta restu..then mak pulak singgah pasar tani kat benut..nak dipendekkan citer.tghr baru smpai umah smulaa..ms tuh, org seme dah sebuk nak masak utk org rewang...........bile balik..semer sebok cr mak..hihii..aku pon time tu jugakla sebok nak cr tempat lukis inai..memangla kelakar...malam tuh nak berinai dahh..last2 x lukis pon tangan,..lepas malam berinai tu..pepagi buta dah suh my loving sister lukiskan..lantakla lukis ape ponn kakak..kerawang2..hhuhhu..hahahahaa...jadila jugak walau x seperfect auntie diwali lukiss..heheheh...nak dijadikan citer malam berinai tu..aku sorang jer  pon..mak da warning, sbb x nikah lagik..so.lepas majlis khatam quran dan berzanzi..aku pon naik ler pelamin sengsorang diikuti ngn sesi fotografi bersama family sket.. dan ditenyeh inai kat atas tapak tangan nih..habess tapak tgn penuh inai..dalam x sedar..seni jugakla tuhh.. pandai jugak :)heheh..abes seni  inai ditenyeh makcik2 n shabat taulanku punyer keje...apepun..thanxz coz sudi memeriahkan malam berinaiku.diiringi paluan  kompang,pada 8/10/10,..mlm tuh ade lah mkn2 n sesi fotografi 2 pasang bju persalinan,..Akhirnyerr...shrt story..aku dan suami tersayang diijabkabulkan hari sabtu pada pukul 9.30 pagi ...91010 n berlangsunglah kenduri kami pada hari itu  , menerima tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis dan  nasi minyak kami....tq utk semer yg hadir pd hari ituu...wlpn penat, dan mmg penatla ..aku at last wat jugak sesi outdoor photography di Hutan Bandar Putra...hehe,..pictnyerr lum diterbitkan lagii..huhuuu..
Ini baru  permulaan story utk blog yg dinamakan Anugerah terindah..yg aku wujudkan penuh dengan seni..tagaknyer laa...hehehhe..tak kire laa seni apepun..jiwaku tetap berseni..heheh...sbukan ker memikir sesuatu itu juga seni..renung2kan dan fikir2kan........